KTMLB adakan mesyuarat agung

KTMLB adakan mesyuarat agung

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Koperasi Tasamul Mukim Lumapas Berhad (KTMLB), hari ini, mengadakan Mesyuarat Agung ke-7 di Dewan Setia Pahlawan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Berakas.

Hadir mempengerusikan mesyuarat tahun ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif KTMLB, Haji Abdul Hakip bin Haji Burut dan turut dihadiri Setiausaha Agungnya Haji A. Zaini bin A. Haji Tuah, Penolong Setiausaha Agung, Haji Ibrahim bin Haji Kamis, Penyimpan Amanah, Haji Ali Bakar bin Haji Kassim dan Penolong Penyimpan Amanah, Haji Zaili bin Haji Mohd Yusof serta ahli-ahli KTMLB.

Bacaan Surah Al-Fatihah dan doa membuka tirai majlis diikuti dengan ucapan oleh pengerusi majlis sebelum diteruskan dengan pembentangan laporan lembaga pengarah dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung ke-7.

Mesyuarat Agung ke-7 KTMLB yang diadakan di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP kelmarin.
Mesyuarat Agung ke-7 KTMLB yang diadakan di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP kelmarin.
Salah seorang ahli KTMLB ketika mengajukan soalan semasa mesyuarat itu.
Salah seorang ahli KTMLB ketika mengajukan soalan semasa mesyuarat itu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sidang mesyuarat seterusnya membincangkan perkara-perkara yang berbangkit sebelum mendengar laporan audit pendaftar dan pengesahan penyata kewangan dan kunci kira-kira tahun 2006-2011.

Pengesahan pembahagian keuntungan dan peruntukan perbelanjaan bagi tahun 2015-2016 menyusuli agenda mesyuarat sebelum pembubaran dan pelantikan baru ahli-ahli lembaga pengarah bagi sesi tahun 2015 hingga 2016.

ARTIKEL YANG SAMA