Kualiti 4K, reka bentuk nipis

Kualiti 4K, reka bentuk nipis

KOTA KINABALU, 24 Sept – Sony sebuah syarikat pengeluar barangan elektronik yang tidak asing lagi telah memperkenalkan jenama baru tahun ini, televisyen 4K Processor X1 yang memberikan kejelasan mengagumkan terhadap apa yang anda tonton – dilengkapi kandungan 4K, Definisi Tinggi, Definisi Standard atau video Internet dengan resolusi rendah.

Cip X1 adalah kunci kepada gambaran sensasi 4K dengan keadaan lebih jelas, warna menarik dan kontras tinggi – dengan sebarang input dan apa pun yang anda tonton. Setiap sumber dikaji secara teliti bagi memastikan butiran terhadap 4K.

SD dan HD diperhitungkan secara berhati-hati kepada kualiti hampir 4K. Apa pun yang anda tonton dihantar dengan warna yang jelas dan tekstur yang menarik.

Bunyi bising dikurangkan dan kontras dipertingkatkan bagi warna yang cerah dan jelas.

4K Processor X1 adalah pemprosesan peningkatan imej menyeluruh yang berkeupayaan meletakkan tiga elemen penting – jelas, warna dan kontras – kepada peringkat yang baru.

Kehebatan Sony TV menerusi 4K Processor X1.
Kehebatan Sony TV menerusi 4K Processor X1.

Bagi penganalisisan imej – Pemprosesan itu menganalisis resolusi dan aspek lain terhadap isyarat video input dan proses imej menurut jumlah maklumat yang diperoleh isyarat.

Kejelasan imej tinggi – Pemprosesan itu menyaingi imej dengan pangkalan data asal Sony 4K, yang menghasilkan keadaan yang lebih jelas dan definisi berbanding sebelumnya.

Dengan tambahan, pemproses baru akan meningkatkan keupayaan algoritma PRO 4K X-Reality, yang secara tepat menggambarkan bentuk-bentuk terperinci dan mengurangkan bunyi bising apabila meletakkan video kepada 4K.

Pelbagai warna – Pemprosesan itu tersebut membawa pelet warna yang luas yang dipamerkan TRILUMINOS Display – yang diserapkan Sony sejak 2013 boleh dihasilkan.

Pengurusan warna yang tepat menganalisis warna, terang dan penyerapan imej input dan mencipta warna penuh, lebih asli.

Kontras yang lebih tinggi – pemproses baru mengembangkan kedinamikan isyarat dalam memenuhi X-tended Dynamic Range, yang diserapkan Sony sejak 2014.

Ia mencapai imej yang lebih jelas berbanding sebelumnya, dengan keadaan yang lebih terang yang memperkenalkan cahaya lebih jelas dan dengan warna hitam yang pekat.

Jenama tahun ini, Android TV menjadikan pemandangan anda lebih pintar daripada sebelumnya.

Model BRAVIA baru itu mengadaptasi sistem pengoperasian Android dari Google (AS) untuk menyediakan kepada para pelanggan pengalaman sepadu tidak berkelim dengan peranti telefon bimbit mereka.

Para pelanggan juga dengan mudahnya boleh menikmati perkhidmatan dan aplikasi yang mereka biasa gunakan dalam telefon pintar menerusi Sony TV yang besar itu.