Kualiti premium yang unggul

Kualiti premium yang unggul

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Porsche Centre Brunei telah menjemput para media untuk merasakan sendiri dengan lebih dekat dengan menjalani pandu uji Porsche Cayenne Platinum Edition, Selasa lalu.

Edisi baru Porsche Cayenne merupakan edisi istimewa yang mudah dikenali pada pandangan pertama dengan penampilan ‘sporty’ yang tersendiri.

Porsche Cayenne Platinum Edition menawarkan ciri-ciri berkualiti premium seperti tayar sport yang lebih lebar berukuran 21 inci, dalaman eksklusif dengan kerusi sport kulit dengan pelarasan elektrik lapan hala dan pusat panel ‘Alcantara’ dan ia ditawarkan dengan harga yang menarik.

Para pengamal media telah memandu uji kereta berkenaan dan merasakan sendiri bagaimana selesanya memandu Porsche Cayenne Platinum Edition. Memandu di pusing keliling walau dengan kelajuan 60 kilometer sejam, imbangan kereta masih stabil dan selesa kerana ciri-ciri ‘Porsche Stability Management’ (PSM) yang terdapat dalam kenderaan berkenaan.

Platinum Edition juga dikuasakan dengan enjin V6 3.6 liter dan mampu menghamburkan 300 kuasa kuda pada 6,300 rpm dan tork maksimum ialah 400 Nm pada 3,000 rpm. Dengan kuasa enjin berkenaan, Porsche Cayenne Platinum Edition boleh mencecah kelajuan tertinggi hingga 230 kilometer sejam. Ia juga boleh mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam masa hanya 7.7 saat.

Terdapat perbezaan di antara Porsche Cayenne dengan Porsche Cayenne Platinum Edition, di mana sudah Porsche fokus dengan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan.

Dalaman eksklusif dengan dengan pelarasan elektrik lapan hala dan pusat panel ‘Alcantara’ menjadikan model ini cukup mewah.
Dalaman eksklusif dengan dengan pelarasan elektrik lapan hala dan pusat panel ‘Alcantara’ menjadikan model ini cukup mewah.
Apabila memasuki Porsche Cayenne Platinum Edition, pemandu dan penumpang akan disambut ciri-ciri kemewahan dan  menikmati PCM baru yang lebih mesra pengguna.
Apabila memasuki Porsche Cayenne Platinum Edition, pemandu dan penumpang akan disambut ciri-ciri kemewahan dan menikmati PCM baru yang lebih mesra pengguna.

Ciri-ciri keselesaan dan keselamatan ialah seperti peralatan standard di dalam kereta termasuk lampu Bi-xenon dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS), Power Steering Plus dan ParkAssist yang mempunyai pelbagai ciri-cirinya di hadapan dan belakang kereta.

Ciri-ciri paling mewah adalah apabila memasuki kenderaan berkenaan, pemandu dan penumpang akan menikmati Porsche Communication Management (PCM) baru yang lebih mesra pengguna dan sistem bunyi keliling BOSE serta papan pemuka yang dihiasi rekaan jam analog yang cantik.

Cayenne Platinum Edition mempunyai warna standard hitam dan putih bukan metalik, namun pilihan warna lain sebagai pilihan juga boleh diperoleh seperti cat metalik ‘Deep Black’, ‘Purpurite’, ‘Mahogany’, ‘Carrara White’ atau ‘Rhodium Silver’.

Cayenne Platinum Edition boleh didapati di pasaran Brunei pada masa ini, dan orang ramai yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat, bolehlah datang ke Bilik Pameran Porsche, di Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA