Kualiti PSV digeruni

Kualiti PSV digeruni

MADRID, 15 Mac (AFP) – Jurulatih Atletico Madrid Diego Simeone telah memberi amaran tentang ancaman serangan balas PSV Eindhoven ketika kelab Sepanyol itu berusaha melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut, esok.

Pertemuan yang seimbang 0-0 menjelang lawatan PSV ke Vicente Calderon, di mana Atletico bolos dalam tiga daripada 14 perlawanan Liga Juara-Juara di bawah Simeone.

Walau bagaimanapun, jurulatih dari Argentina itu berhati-hati dengan jangkaan 55,000 penyokong untuk melihat Atletico menyerang atau mereka boleh menjadi mangsa gol penting juara Belanda itu di tempat lawan.

“Saya fikir kualiti terbaik PSV adalah serangan balas,” kata Simeone. “Mereka menangani ruang dengan baik dan mempunyai pemain yang cukup pantas.”

Atletico beraksi dengan kekuatan penuh memandangkan Fernando Torres sudah pulih daripada kecederaan lutut yang menyaksikannya terlepas kemenangan 3-0 ke atas Deportivo la Coruna, Sabtu lalu.

Simeone memberi amaran tentang ancaman serangan balas PSV apabila mereka bertemu Atletico, esok. – Reuters
Simeone memberi amaran tentang ancaman serangan balas PSV apabila mereka bertemu Atletico, esok. – Reuters

Bagaimanapun, bekas penyerang Liverpool dan Chelsea itu dijangka bermula di bangku simpanan dengan Yannick Carrasco dan Luciano Vietto bakal bergandingan dengan penjaring terbanyak Atletico, Antoine Griezmann di bahagian serangan. Kapten Atletico Gabi sekali lagi mengakui melangkah ke suku akhir adalah penting kepada pertumbuhan kelab di dalam dan di luar padang sejak ketibaan Simeone empat tahun lalu.

“Esok amat enting dan kami wajib untuk mendapatkan hasil di hadapan penyokong kami,” katanya. “Kami tahu apa yang dipertaruhkan untuk peminat dan kelab. Kemajuan kami dalam pertandingan ini sangat penting dan cukup cergas menjelang esok.”

Atletico telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan La Liga berturut-turut buat kali pertama dalam setahun dan menewaskan Real Madrid tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, pemain tengah PSV Andres Guardado mengakui bahawa cabaran terbesar pasukannya adalah bagaimana merobek pertahanan Atletico yang begitu padu.