Kualiti udara di S’pura kekal tidak sihat

Kualiti udara di S’pura kekal tidak sihat

SINGAPURA, 15 Sept (Bernama) – Keadaan berjerebu masih berterusan di republik ini dengan kualiti udara kekal pada tahap tidak sihat.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata angin dijangka bertiup dari arah barat daya dengan keadaan jerebu dijangka berterusan.

Pada pukul 8 pagi ini, indeks pencemaran standard (PSI) 24 jam mencatat bacaan antara 122 dan 150 sementara PSI tiga jam pada bacaan 114.

Bacaan melebihi 100 menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

NEA melaporkan keadaan jerebu diramal merosot sekiranya angin membawa jerebu lebih tebal dari arah Sumatera.

Walaupun hujan dijangka berlaku pada awal pagi, namun ia tidak banyak mengubah keadaan jerebu.

ARTIKEL YANG SAMA