Kualiti udara masih baik meski berjerebu

Kualiti udara masih baik meski berjerebu

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Kualiti udara di Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong semakin baik dengan keempat-empat daerah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) di tahap baik setakat 9 pagi, hari ini.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) catatan kualiti udara pada pukul 4 petang bagi Daerah Brunei dan Muara adalah PSI 52 (sederhana), Belait 58 (sederhana), Temburong 24 (baik), dan Tutong 49 (baik).

PSI antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 30 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Sementara itu, menurut statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat sepanjang bulan Mac, mereka menerima sebanyak 432 panggilan kes kebakaran dilaporkan di seluruh negara membabitkan 327 kes kebakaran hutan dan 105 kes kebakaran rumput, yang menjejaskan kawasan seluas lebih 630 hektar.

Sementara itu, aktiviti pagi di Tasek Lama, Bandar Seri Begawan pula masih kekal dengan keramaian pengunjungnya, walaupun keadaan di puncak bukit agak berjerebu.

Bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah penyakit kronik adalah dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa berada di dalam rumah berikutan keadaan berjerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat aktiviti di luar rumah dan disarankan untuk meminum air bagi mengelakkan penghidratan, serta berjumpa doktor apabila merasa susah bernafas dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA