Kuarantin diperlukan bagi menangani Zika

Kuarantin diperlukan bagi menangani Zika

MANCHESTER, N.H, 7 Feb – Dua calon presiden Republikan AS hari ini berkata memberi harapan mereka akan melaksanakan kuarantin kepada pelancong jika perlu untuk menghentikan merebaknya virus Zika.

Gabenor New Jersey Chris Christie, yang mendapat perhatian antarabangsa pada 2014 apabila dia mengkuarantin seorang jururawat yang kembali ke Amerika Syarikat selepas merawat pesakit-pesakit Ebola, berkata dia tidak akan teragak-agak untuk melakukannya sekali lagi.

“Sudah tentu saya akan lakukannya,” Christie berkata ketika satu sesi debat di New Hampshire dengan pesaing-pesaing Republikan yang lainnya bagi jawatan di Rumah Putih.

Ben Carson, seorang pesara pakar bedah otak, berkata, menggunakan kuarantin “bukan isu mudah” namun jika terdapat bukti jangkitan Zika merebak, dia juga akan menggunakan kaedah kuarantin.

Ben Carson (kiri) dan Chris Christie ketika berdebat dengan pesaing-pesaing Republikan bagi jawatan presiden AS. – Reuters
Ben Carson (kiri) dan Chris Christie ketika berdebat dengan pesaing-pesaing Republikan bagi jawatan presiden AS. – Reuters

Virus Zika adalah penyakit bawaan nyamuk, yang memindahkannya kepada manusia melalui gigitan. Dua kes yang disyaki dari hubungan seksual di Amerika Syarikat juga menimbulkan persoalan mengenai cara-cara lain Zika boleh merebak.

Virus tersebut kini menjejaskan bahagian-bahagian besar di Latin Amerika dan Caribbean. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai kecemasan antarabangsa pada 1 Februari, memetik “begitu mengesyaki” hubungan di antara jangkitan Zika dalam kehamilan dan mikrosefali – satu keadaan di mana mengakibatkan anak damit yang baru dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna di mana mempunyai kepala kecil yang boleh membantutkan perkembangan otak. – Reuters