Kuarters pekerja binaan hangus sekelip mata

Kuarters pekerja binaan hangus sekelip mata

MIRI, 24 Ogos (Bernama) – Kuarters pekerja binaan yang menempatkan lebih 160 pekerja warganegara Indonesia dan Bangladesh di Jalan Waterfront di sini terbakar dalam sekelip mata pada pukul 2.02 petang ini.

Ketua Balai Bomba Miri, Ali Bema Jelek berkata, kuarters kayu dua tingkatserta mempunyai empat blok itu menempatkan pekerja untuk projekpembinaan sebuah hotel lima bintang di sini yang turut dijadikan stor dan pejabat.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ketika kejadian, majoriti penghuni kuarters berkenaan sedang bekerja di tapak pembinaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata 21 anggota dari Balai Bomba Lopeng dan Miri tiba di tempat kejadian pada 2.50 petang dan kebakaran dapat dikawal 45 minit kemudian.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya.

Asap tebal kelihatan di hadapan bangunan berhampiran kuarters pekerja binaan yang terbakar di Jalan Waterfront, Miri.
Asap tebal kelihatan di hadapan bangunan berhampiran kuarters pekerja binaan yang terbakar di Jalan Waterfront, Miri.