Kuartet wanita AS dapat peluang kedua

Kuartet wanita AS dapat peluang kedua

RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Pasukan berganti-ganti 4x100m wanita Amerika Syarikat (AS) berdepan debaran sebelum mara ke final esok berikutan drama membabitkan baton yang terjatuh hari ini. Dalam larian yang luar biasa, kuartet AS berlari semula secara sendirian dengan cabaran untuk mengatasi catatan kelapan terpantas oleh China dengan masa 42.70 saat.

Keputusan untuk memberikan juara bertahan itu satu lagi peluang untuk mara ke final hadir selepas pusingan saringan yang kontroversi.

Bintang AS, Allyson Felix dilanggar pelari Brazil ketika dia bersedia untuk memberikan baton kepada English Gardner, menyebabkan dia hilang imbangan dan baton terjatuh di atas trek.

Pada pandangan pertama, ia tampak satu lagi kesilapan yang banyak dilakukan skuad berkenaan dalam tahun kebelakangan ini. – AFP

pg24_160820_olympic logo

Reaksi Allyson Felix apabila beliau gagal menyerahkan baton kepada English Gardner dalam larian 4 x 100m berganti-ganti wanita pusingan pertama semasa Sukan Olimpik 2016 di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro.  – AFP
Reaksi Allyson Felix apabila beliau gagal menyerahkan baton kepada English Gardner dalam larian 4 x 100m berganti-ganti wanita pusingan pertama semasa Sukan Olimpik 2016 di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro.
– AFP

ARTIKEL YANG SAMA