Kuasa ajaib Fantastic Beasts berjaya memukau penonton

Kuasa ajaib Fantastic Beasts berjaya memukau penonton

LOS ANGELES – Fantastic Beasts and Where to Find Them mendominasi carta box office setelah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$75 juta.

Jumlah kutipan setinggi tersebut jelas memberikan rasa kepuasan kepada pihak penerbitan Warner Bros yang telah merancang untuk membahagikan francais filem fantasi tersebut kepada lima siri.

Pada dasarnya ia adalah sebuah filem kesinambungan daripada Harry Potter namun ia tidak menjadikan Hogwarts sebagai latar kepada filem ini malah lebih menumpukan kepada latar bandar raya New York pada tahun 1920 dengan menampilkan beberapa karakter terbaru yang terdiri daripada ahli sihir dan makhluk-makhluk mitos.

Studio penerbitan Warner Bros telah melaburkan sejumlah AS$180 juta untuk merealisasikan filem yang turut diadaptasi daripada sebuah buku karya J.K. Rowling.

Filem itu diarahkan oleh David Yates dan Eddie Redmayne telah dipertanggungjawabkan untuk melakonkan watak Newt Scamander, seorang penulis yang secara diam juga merupakan pengumpul makhluk-makhluk mitos.

Eddie Redmayne telah dipertanggungjawabkan untuk melakonkan watak Newt Scamander dalam filem Fantastic Beasts and Where to Find Them.
Eddie Redmayne telah dipertanggungjawabkan untuk melakonkan watak Newt Scamander dalam filem Fantastic Beasts and Where to Find Them.
Watak Doctor Strange dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch.
Watak Doctor Strange dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch.
Antara watak-watak comel yang ditampilkan dalam filem animasi Trolls.
Antara watak-watak comel yang ditampilkan dalam filem animasi Trolls.

“Ternyata JK Rowling sangat arif untuk mengenalpasti cita rasa yang diinginkan oleh para penonton,” jelas Presiden Pengedar Domestik di Warner Bros, Jeff Goldstein.

“Persepsi terhadap filem Fantastic Beasts dengan Harry Potter tidak wajar dibandingkan kerana kedua-duanya adalah berbeza,” jelas Goldstein.

Setelah tiga minggu mendominasi carta, Doctor Strange harus akur menduduki tangga kedua dalam carta box office dengan kutipan sebanyak AS$17.6 juta sekaligus menjadikan kutipannya secara keseluruhan AS$181.5 juta.

Trolls keluaran Dreamworks Animation pula menduduki tangga ketiga dalam carta box office sekaligus menjadikan kutipan keseluruhan yang berjaya dikumpul oleh filem itu ialah AS$116.2 juta.

Arrival keluaran Paramount yang merupakan sebuah filem sains fiksyen dibintangi oleh Amy Adams pula menduduki tangga keempat dalam carta box office dengan jumlah kutipan sebanyak AS$11.8 juta sekaligus menjadikan kutipan secara keseluruhannya AS$43.4 juta.

Amy Adams melakonkan watak seorang ahli linguistik yang harus menterjemah bahasa makhluk asing dalam Arrival.
Amy Adams melakonkan watak seorang ahli linguistik yang harus menterjemah bahasa makhluk asing dalam Arrival.
Filem Almost Christmas lebih banyak menerapkan unsur kekeluargaan.
Filem Almost Christmas lebih banyak menerapkan unsur kekeluargaan.

Almost Christmas keluaran Universal pula menduduki tangga kelima dengan jumlah kutipan sebanyak AS$7 juta sekaligus menjadikan kutipan keseluruhan yang berjaya dikumpul oleh filem itu sebanyak AS$25.4 juta.

Sementara beberapa buah filem terbaru seperti Bleed for This keluaran Open Road dan Billy Lynn keluaran Sony dan Edge of Seventeen kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Sambutan hambar yang diterima oleh ketiga- tiga filem ini jelas membuktikan bahawa filem-filem yang lebih menampilkan unsur berat namun kurang terdedah agak sukar untuk bersaing dengan francais filem yang telah dikenali dan langkah penayangan filem-filem ini secara serentak wajar untuk dielakkan.

Secara purata jualan tiket pada hujung minggu lalu agak menurun sebanyak 10 peratus berbanding pada tahun lalu sewaktu filem Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan yang berjaya mengutip sebanyak AS$102.7 juta.

Ramai penganalisis filem menjangkakan bahawa kutipan filem pada minggu ini bakal meningkat sempena kehadiran filem Moana keluaran Disney yang dikatakan cukup sesuai menjadi hiburan bagi tontonan sekeluarga sempena musim percutian itu.

ARTIKEL YANG SAMA