Kuasa besar bincang ancaman IS

Kuasa besar bincang ancaman IS

VIENNA, 16 Mei (AFP) – Kuasa-kuasa besar berhimpun di bandar Austria hari ini untuk membincangkan kehadiran yang berkembang kumpulan pejuang jihad Islam IS di Libya, yang terletak seberang Mediterranean dari Eropah.

Kerajaan perpaduan kebangsaan yang dengan kukuh disokong oleh masyarakat antarabangsa perlahan-lahan memperlihatkan kuasanya di Tripoli sejak lewat Mac tetapi ia masih berdepan saingan pentadbiran di timur.

Persidangan dipengerusikan bersama oleh AS dan Itali, bekas pemerintah jajahan Libya, yang berdepan kemasukan ramai penghijrah dari negara Afrika Utara yang berani mengharungi pelayaran lautan yang berbahaya.

Ia akan membincangkan sokongan antarabangsa untuk Kerajaan Muafakat (GNA) baru dengan tumpuan pada keselamatan,” kata John Kirby, jurucakap bagi Setiausaha Negara AS John Kerry, yang akan mempengerusikan persidangan itu bersama rakan sejawatannya dari Itali Paolo Gentiloni.

“Usaha yang sama diperlukan untuk membantu proses mewujudkan kestabilan di Libya,” menurut Gentiloni.

Setiausaha Negara AS, John Kerry (tengah); Menteri Luar Itali, Paolo Gentiloni (kiri) dan Utusan Khas PBB bagi Libya, Martin Kobler menghadiri rundingan itu. – AFP
Setiausaha Negara AS, John Kerry (tengah); Menteri Luar Itali, Paolo Gentiloni (kiri) dan Utusan Khas PBB bagi Libya, Martin Kobler menghadiri rundingan itu. – AFP

Libya dicengkam kacau bilau selepas kebangkitan pada tahun 2011 yang disokong NATO yang menggulingkan dan membunuh diktator lama, Muammar Gaddafi , dengan militia-militia yang bersengketa bersaing untuk menguasai negara yang kaya dengan hasil minyak itu.

Kerajaan Muafakat (GNA) baru diketuai oleh ahli perniagaan Fayez al-Sarraj, telah mendapat sokongan antarabangsa untuk membantu menyatukan negara yang berpecah belah itu, tetapi masih berdepan tentangan kuat di tanah air.

Ia telah gagal mendapat sokongan parlimen yang dilantik dan sekutunya Khalifa Haftar, ketua tentera yang mengisytiharkan dirinya sendiri, yang telah melancarkan perjuangan menentang para pejuang Islam di seluruh negara.

Kerajaan saingan yang berpangkalan di Tripoli juga enggan mengiktiraf GNA, meskipun kerajaan perpaduan telah meraih sokongan dari institusi utama seperti bank pusat dan Perbadanan Minyak Kebangsaan.

Di tengah kekacauan, kumpulan Islam IS telah mewujudkan kubunya di Libya yang mana di situ pada tahun lalu ia telah menguasai bandar pantai Mediterranean, Sirte, bandar kelahiran Gaddafi dan mengubahnya menjadi kem latihan untuk militan-militan dari seluruh rantau dan di seberang sana.