Kuasa dunia bincang selamatkan Syria

Kuasa dunia bincang selamatkan Syria

VIENNA, 17 Mei (AFP) – Utusan-utusan kanan dari kuasa-kuasa dunia dan serantau berhimpun sekali lagi di Vienna hari ini dalam usaha untuk menyelamatkan usaha-usaha yang tersekat-sekat untuk menghentikan perang saudara Syria.

Setiausaha Negara AS John Kerry dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov yang bertelingkah tentang banyak lagi perkara lain di dunia – mempengerusikan mesyuarat, yang bermula sejurus selepas 7 pagi.

Pada perhimpunan itu, 17 Kumpulan Bantuan Syria Antarabangsa (ISSG) akan membaharui desakannya bagi gencatan senjata seluruh negara dan kemasukan segera kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang dikepung.

Tetapi kebingungan mungkin berterusan pada dasar ketiga rancangan itu, gesaan kepada rejim Presiden Syria Bashar al-Assad dan para pemberontak menyetujui rangka bagi peralihan politik.

Para pegawai AS yang pergi bersama Kerry berkata Washington akan mendesak Assad seharusnya berundur, dengan had akhir 1 Ogos bagi menyelesaikan rangka kerja itu yang mana beliau berbuat demikian.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov (kiri) ketika berucap bersebelahan Setiausaha Negara AS, John Kerry ketika sidang media di Vienna, Austria. – AP
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov (kiri) ketika berucap bersebelahan Setiausaha Negara AS, John Kerry ketika sidang media di Vienna, Austria. – AP

Tetapi presiden Syria yang dikukuhkan dengan sokongan tentera dari Rusia dan Iran, tidak menunjukkan tanda-tanda beliau bersedia untuk mengundurkan diri.

“Tidak ada masa depan berkekalan bagi Syria bersama Assad,” kata Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier apabila dia tiba bagi rundingan Vienna itu.

“Sebab itu kita perlu berbincang, di bawah naungan PBB, bagaimana rupa kerajaan peralihan dan meletakkan keadaan pada kedudukan yang betul,” tambahnya lagi.

Setakat ini rundingan damai yang mana PBB menjadi pihak perantaranya yang diadakan di Geneva di bawah utusan antarabangsa Staffan de Mistura, hanya sedikit bergerak ke hadapan dan kini malah sekutu-sekutu Washington meragui tarikh 1 Ogos akan dipenuhi.

“Sasaran bagi Ogos ialah rangka kerja telah dibentuk, rangka kerja dipersetujui bagi peralihan politik,” pegawai kanan Jabatan Negara memberitahu para pemberita di Vienna sebelum mesyuarat itu.

“Kami berbincang dengan pihak Rusia, dalam usaha mewujudkan persekitaran lebih baik bagi rundingan politik,” ujarnya. “Terutamanya di pihak rejim.”

Pihak campuran pembangkang, menurut pegawai itu, lebih terbuka tentang bagaimana mereka ingin melihat perjanjian dirundingkan tetapi rakyat Assad – sementara secara terbuka menyokong rundingan, tidak terlibat.

ARTIKEL YANG SAMA