‘Kuasa politik maut’ dorong berpaling tadah

‘Kuasa politik maut’ dorong berpaling tadah

SEOUL, 11 Dis (AFP) – Bapa saudara kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un menggambarkan bagaimana takutnya beliau pada “kuasa politik maut” yang begitu berpengaruh di Pyongyang sehingga mendorong dia dan isterinya untuk berpaling tadah ke Amerika Syarikat hampir 20 tahun lalu.

Dalam temu bual telefon dengan agensi berita Yonhap Korea Selatan, Ri Kang berkata dia dan isterinya amat bimbang apa yang mungkin terjadi kepada mereka dalam sebarang pergelutan kuasa yang menyusul selepas kematian bapa Kim, Kim Jong-II.

Ri telah berkahwin dengan Ko Yong Suk, adik perempuan kepada ibu KimJong-Un.

“Selepas menghabiskan masa hampir dua dekad hampir dengan Kim Jong-II, saya dapat merasakan kekejaman kuasa,” menurut Ri semalam. “Saya berpendapat adalah idea tidak baik untuk tinggal hampir dengan mereka.”

Ri dan Koh ditugaskan menjaga Kim Jong-Un ketika dia belajar di Switzerland tatkala dia masih remaja dan daripada kembali ke Korea Utara mereka memilih berpaling tadah ke AS dalam tahun 1998.

Ibu Kim sangat sakit pada ketika itu dan menerima rawatan di Eropah. Dia akhirnya meninggal dunia di Perancis dalam tahun 2004.

“Isteri saya berpendapat kita boleh mendapatkan rawatan yang bagus untuk kakaknya di AS. Saya telah pergi ke sana disebabkan ketakutan apakah yang boleh dilakukan oleh kuasa itu,” kata Ri lagi.

Itu adalah 13 tahun lagi sebelum Kim Jong-II meninggal dunia, dan pemindahan kuasa kepada Kim Jong-Un berjalan agak lancar.

ARTIKEL YANG SAMA