Kuasa solar masa depan Chernobyl – Ukraine

Kuasa solar masa depan Chernobyl – Ukraine

KIEV, 7 Ogos – Menteri Alam Sekitar Ukraine, Ostap Semerek mempunyai visi untuk membangunkan sebuah ladang solar terbesar di tapak bencana nuklear buatan manusia yang melanda Chernobyl di zaman moden Ukraine.

Visi tersebut turut disokong oleh pelabur-pelabur besar seperti Bank Pembinaan Semula dan Pembangunan Eropah (EBRD).

Bencana yang melanda Chernobyl berlaku pada April 1986 yang menyebabkan ribuan maut di utara Ukraine di mana hanya beberapa ratus orang tua masih tinggal ke rumah mereka.

‘Zon pengecualian’ itu mempunyai keluasan 30 kilometer lebar (19 batu-lebar) dan diliputi dengan hutan dan dipenuhi dengan tahap radiasi yang membuat kebanyakan makanan yang dihasilkan di sana tidak selamat.

Tetapi Ukraine percaya terdapat juga kira-kira 6,000 hektar (15,000 ekar) tanah terbuka yang boleh dipenuhi dengan panel solar .

Ukraine mempunyai visi untuk membangunkan sebuah ladang solar terbesar dengan kerjasama dengan pelabur-pelabur besar besar seperti Bank Pembinaan Semula dan Pembangunan Eropah (EBRD). EBRD berkata ia bersedia untuk menyokong projek tersebut. – AFP

EBRD berkata ia bersedia untuk menyokong projek itu selagi Ukraine menyediakan AS$1 bilion (1.1 bilion euro) yang diperlukan untuk memenuhi peringkat pertama.

“Sebilangan besar daripada pelbagai syarikat di seluruh dunia berminat,” Semerak memberitahu kepada AFP.

“Saya fikir, jika kes rundingan telah berjaya, projek ini boleh dilancarkan sepenuhnya pada tahun depan.” – AFP