Kuasa veto keputusan besar AIIB

Kuasa veto keputusan besar AIIB

BEIJING, 9 Jun (AFP) – China akhirnya akan mempunyai “kuasa veto” ke atas keputusan besar Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) baru, lapor Wall Street Journal hari ini.

AIIB, yang akan berpangkalan di ibu negara China, mempunyai 57 anggota prospektif, tetapi Amerika Syarikat dan Jepun – ekonomi terbesar dan ketiga terbesar di dunia masing-masing – enggan menyertai.

Jurnal memetik orang yang rapat dengan bank sebagai berkata struktur pengundiannya akan memberikan China “pengaruh besar” sebagai pemegang saham terbesar, sekaligus memberinya kuasa veto. Menurut artikel perbadanan bank, China akan memperuntukkan hampir AS$30 bilion daripada jumlah modal institusi sebanyak AS$100 bilion, memberikan Beijing di antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah undi, katanya.

Struktur bank akan diselia oleh lembaga pengarah yang tidak berbayar, kata akhbar. AIIB, yang dijangka beroperasi pada akhir tahun ini, telah dianggap oleh beberapa orang sebagai pesaing kepada Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia.

Namun timbulnya kebimbangan mengenai ketelusan pemberi pinjaman, yang akan membiayai infrastruktur di Asia, serta kebimbangan Beijing akan menggunakannya untuk melaksana kepentingan geopolitik dan ekonominya sendiri sebagai satu kuasa yang meningkat.

Pada minggu lalu, bekas pengerusi Simpanan Persekutuan Ben Bernanke menegur penggubal undang-undang AS kerana membenarkan China mendahului saingan dengan bank baru, yang mengugut akan mengubah pengawasan Washington mengenai arahan ekonomi dunia.

Beliau berkata penggubal undang-undang patut dipersalahkan kerana mereka enggan bersetuju dengan pembaharuan pada 2010 yang akan memberikan pengaruh yang lebih kepada China dan kuasa membangun lain dalam Tabung Mata Wang Antarabangsa.

Di bawah Presiden Xi Jinping, China sedang mendesak untuk membina laluan perniagaan Silk Road di darat dan laut, menerusi inisiatif “Satu Kawasan, Satu Jalan” yang dijangka dibiayai sebahagiannya oleh AIIB.

ARTIKEL YANG SAMA