Kuasai asas golf terlebih dahulu

Kuasai asas golf terlebih dahulu

Oleh Muiz DP Hj Adnan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Dengan hanya seminggu sahaja lagi sebelum pusingan akhir Kejohanan Baiduri Masters ke-21, juara berganda Baiduri Masters dan pemain golf veteran yang sudah berkecimpung lebih 30 tahun dalam sukan itu iaitu Awang Seruji bin Haji Setia, memberikan beberapa pandangan dan nasihat mengenai sukan dan kejohanan itu.

Selepas memenangi dua kejohanan Baiduri Masters sebelum ini, Awang Seruji menyuarakan perasaannya sebagai juara bertahan, berpotensi akan membawa pulang Piala Cabaran itu sekali lagi.

“Seperti juara bertahan yang lain, saya bersedia untuk mempertahankan kejuaraan saya sebaik mungkin. Ia satu cabaran besar dari segi mental untuk mempertahankan kejuaraan itu.”

Beliau kemudian menjelaskan lagi bahawa ia lebih senang untuk memenangi kejohanan berbanding mempertahankannya.

Gambar fail - Awang Seruji ketika memenangi Kejohanan Baiduri Masters 2014.
Gambar fail – Awang Seruji ketika memenangi Kejohanan Baiduri Masters 2014.

“Memegang gelaran juara bertahan bermakna semua pesaing menyasarkan untuk mengambil alih tempat saya sebagai juara. Ini memberikan banyak tekanan terhadap orang yang berada seperti di tempat saya, tapi saya yakin akan berupaya untuk memberikan persaingan yang baik. Saya berasa saya memainkan permainan pendek yang hebat (Jumaat lepas) meski mainan jauh saya boleh dilakukan dengan lebih baik lagi.”

Namun sama pentingnya dengan pemain dalam sukan golf ini adalah keadaan padang. Bercakap mengenai keadaan ketika sesinya Jumaat lepas, Awang Seruji menjelaskan, “Keadaan sangat baik bagi satu mainan golf yang baik. Angin adalah salah satu musuh para pemain, namun syukurlah, tidak ada angin kencang berlaku pada hari itu.

“Padang juga dalam standard kejohanan – sangat pantas,” tambah beliau sambil berjenaka penyebab mengapa beliau tidak mendapat mata yang lebih baik dalam mainan jauhnya.

Sukan golf telah berkembang sejak beberapa tahun ini. Menurut juara bertahan itu, beliau telah melihat naiknya minat dalam permainan berpasukan.

“Golf biasanya adalah sukan persendirian, jadi menambah aspek sosial permainan secara berpasukan membuat permainan itu kurang menggerunkan dan menyeronokkan,” ujarnya.

Beliau kemudian menjelaskan lebih lagi bahawa sokongan yang diterima oleh seorang pemain golf daripada rakan sepasukannya amat menggalakkan dan galakan inilah yang boleh mendorong pemain golf untuk memainkan permainan terbaik mereka.

Dalam mengakhiri temu bual itu, Awang Seruji berkata bahawa golf adalah permainan yang anda belajar untuk mencintai di mana semakin banyak bermain, semakin diminati sukan itu.

Beliau juga memberikan nasihat kepada semua pemain golf beraspirasi untuk menguasai asas terlebih dahulu dengan mempelajari daripada pemain-pemain profesional dan membangunkan asas yang kukuh dalam golf dahulu.

Dalam pertahankan gelarannya, Awang Seruji akan turut serta lagi hujung minggu ini untuk memperbaiki matanya.

ARTIKEL YANG SAMA