Kuasai bahasa asing untuk Olimpik Musim Sejuk

Kuasai bahasa asing untuk Olimpik Musim Sejuk

BEIJING, 14 Okt – Kerajaan tempatan Beijing akan mengadakan aktiviti pembelajaran bahasa asing pada 24-25 Okt ini tatkala bandar raya ini dalam persediaan menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2022, kata Pejabat Penerangan Kerajaan Perbandaran Rakyat Beijing.

Olimpik Musim Sejuk akan menjadi tema Festival Bahasa Asing Beijing 2015 melalui aktiviti seperti pertandingan kuiz, perekrutan dan kegiatan sukarelawan pelbagai bahasa untuk warganegara belajar bahasa asing, menurut laman sesawang Program Beijing Bercakap Bahasa Asing, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu pakar perubatan tradisional China juga turut serta bagi memberikan runding cara dan maklumat dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Sebanyak 15,000 tiket percuma akan dikeluarkan kepada orang awam bermula hujung minggu ini, tambahnya. – Bernama