Kubu kota Palmyra musnah akibat pengeboman rejim Syria

Kubu kota Palmyra musnah akibat pengeboman rejim Syria

BEIRUT, 24 Sept (AFP) – Pengeboman hebat rejim telah memusnahkan sebahagian besar kubu kota purba di tapak warisan dunia Syria di Palmyra, kata seorang pakar arkeologi dan aktivis hari ini.

Sekitar 13 tong bom telah meletup di kubu kota itu dan sekitarnya sejak Isnin, menurut Cheikhmous Ali dari Persatuan Perlindungan Arkeologi Syria, yang memantau kerosakan di tapak warisan negara itu.

“Kami tidak dapat mengakses takat kemusnahan itu, namun ia mengesahkan sebahagian kubu kota itu telah musnah oleh pengeboman itu,” kata Ali kepada AFP.

Tentera Syria sedang bertempur untuk mengambil semula bandar itu dan serpihan yang disenaraikan UNESCO dari kumpulan Islamic State (IS), yang menakluki metropolis bersejarah itu pada Mei.