Kubur besar-besaran ‘kem penjara penghijrah’ ditemui

Kubur besar-besaran ‘kem penjara penghijrah’ ditemui

BANGKOK, 1 Mei (AFP) – Pihak berkuasa di Thailand menemui kubur besar-besaran dalam sebuah kem hutan diabaikan hari ini, dipercayai mengandungi jasad penghijrah dari Myanmar dan Bangladesh, satu penemuan ngeri di kawasan yang terkenal bagi laluan penyeludupan manusia.

Penemuan adalah di kem pedalaman di daerah Sadao, di wilayah Songkhla bersempadan dengan Malaysia, dan berlaku ketika tindakan keras junta Thailand ke atas penyeludupan manusia berikutan tuduhan bahawa pegawai terbabit dalam perdagangan itu.

Sempadan dengan Malaysia terkenal bagi kem-kem rahsia rangkaian penyeludupan penghijrah, sering kali tanpa kerelaan mereka sehinggalah saudara mereka membawa wang tebusan.

“Terdapat 32 kubur, empat mayat kini sudah dibakar dan dalam perjalanan ke hospital untuk autopsy,” kata seorang pekerja penyelamat, Sathit Thamsuwan yang berada di tempat kejadian selepas tapak itu ditemui, memberitahu AFP, mengatakan ia tidak jelas bagaimana mereka mati.

“Mayat-mayat semuanya reput,” katanya, menambah seorang lelaki dari Bangladesh terselamat dan dirawat di sebuah hospital berhampiran Padang Besar. Ketua Polis Kebangsaan Jeneral Somyot Poonmpanmoung menerangkan tapak itu sebagai ‘kem penjara’ di mana penghijrah ditahan dalam sel buluh sementara.

“Terdapat 32 tempat yang kelihatan seperti kubur dan sama ada ia ada satu mayat atau beberapa mayat dalam kubur itu, kita perlu tunggu dan lihat,” katanya.

Menurutnya, penyeludup dipercayai mengabaikan lelaki sakit apabila mereka memindahkan penghijrah Rohingya melintasi sempadan ke Malaysia dua hari lalu.

Media tempatan melaporkan kem dan satu-satunya mangsa yang selamat ditemui oleh penduduk kampung yang mencari cendawan.

ARTIKEL YANG SAMA