Kubur masyarakat Iban kena ceroboh

Kubur masyarakat Iban kena ceroboh

SIBU, 14 Dis (Bernama) – Sebanyak 12 buah kubur di tanah perkuburan Iban di Bukit Balai Nyabong, Sungai Assan di sini dicerobohi oleh pihak yang dipercayai mahu mengambil barangan berharga.

Ia disedari beberapa waris si mati pagi semalam apabila mereka datang untuk membersihkan kawasan perkuburan.

Sehubungan itu laporan polis telah dibuat.

“Hasil siasatan mendapati sebanyak 11 buah kubur perempuan manakala sebuah kubur lelaki telah digali dan ditimbus semula oleh penceroboh,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi.

Beliau berkata kes disiasat kerana menceroboh tanah perkuburan.

Masyarakat Iban yang meninggal dunia sering dikebumikan bersama barangan kemas milik mereka seperti cincin, rantai emas atau barangan tembaga.