Kucing milik Dayang Zura menang kucing terbaik

Kucing milik Dayang Zura menang kucing terbaik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Sebanyak 30 ekor kucing telah diketengahkan dalam Pertandingan Kucing Shin Cat Lover yang dianjurkan sempena Bazaar Ria Aidiladha 2016 yang berlangsung di Hotel Times.

Dalam pertandingan berkenaan semalam, Shin Cat Lover mengumumkan bahawa kucing milik Dayang Zura menjadi pemenang ‘Best of the Best’ sekali gus membawa balik hadiah berupa hamper merangkumi makanan kucing, permainan dan barangan penjagaan kucing yang disumbangkan oleh Fg Kitty Pet House dan Ya Nur.

Pertandingan berkenaan turut menarik perhatian orang ramai untuk menyaksikan pelbagai jenis kucing yang dipamerkan, antaranya persian, domestik, bulu panjang dan bulu pendek.

Menurut Dayang Safrinah binti Musa selaku penganjur, pertandingan tersebut bertujuan menggalakkan lebih ramai penggemar kucing untuk mempamerkan kucing kesayangan mereka sambil mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Dayang Zura (kiri) menerima hadiah berupa hamper daripada Dayang Safrinah (kanan).
Dayang Zura (kiri) menerima hadiah berupa hamper daripada Dayang Safrinah (kanan).
Antara kucing-kucing yang dipamerkan.
Antara kucing-kucing yang dipamerkan.

ARTIKEL YANG SAMA