Kuda Hitam indah khabar dari rupa

Kuda Hitam indah khabar dari rupa

LYON, Perancis 14 Jun (Agensi) – Belgium tampil selaku pasukan No. 2 dunia, menanggung malu apabila tewas 0-2 di tangan Itali dalam aksi pembukaan Kumpulan E Euro 2016 di Stadium de Lyon, sebentar tadi.

Kesilapan pertahanan Belgium, Toby Alderweireld yang gagal menanduk keluar bola hasil hantaran pemain Itali, Leonardo Bonucci menghukum skuad Red Devils apabila Emanuele Giaccherini bertindak memanfaatkannya di dalam kotak penalti untuk membuka jaringan.

Masih dahagakan gol, penyerang Southampton, Graziano Pelle menambah derita Belgium pada masa kecederaan selepas merembat masuk umpanan Antonio Candreva menerusi satu serangan balas untuk menggandakan jaringan.

(Dari kiri) Reaksi Marouane Fellaini, Jan Vertonghen dan Axel Witsel selepas pemain Itali Graziano Pelle menjaringkan gol dalam perlawanan Kumpulan E di Grand Stade Decines-Charpieu, dekat Lyon, kelmarin. – AP
(Dari kiri) Reaksi Marouane Fellaini, Jan Vertonghen dan Axel Witsel selepas pemain Itali Graziano Pelle menjaringkan gol dalam perlawanan Kumpulan E di Grand Stade Decines-Charpieu, dekat Lyon, kelmarin. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Kemenangan tersebut memulakan langkah kanan buat naib juara edisi lalu, Itali dalam kumpulan maut yang diundi bersama Sweden dan Ireland, dengan mengumpul tiga mata selaku pendahulu. Belgium pula terpaksa akur menerima kekalahan pertama dalam aksi pembukaan di Euro selepas 16 tahun.

Skuad paling mahal dalam Euro 2016 berbanding negara-negara lain, Belgium, yang mana jumlah yuran perpindahan keseluruhan melibatkan pemain mereka adalah 318.9 juta pound dijadualkan bertemu Ireland pada Sabtu ini pukul 9 malam waktu Malaysia.

Skuad bimbingan Antonio Conte bakal berdepan Sweden pada Jumaat ini pukul 9 malam waktu Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA