Kuiz Pelangi FM tawar hadiah menarik

Kuiz Pelangi FM tawar hadiah menarik

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, stesen radio tempatan Pelangi FM akan menganjurkan kuiz bagi pendengar-pendengar setianya dalam rancangan ‘Bersama DJ Ashraff Rannil’.

Menurut DJ Ashraff, pemenang-pemenang kuiz itu nanti akan berpeluang memenangi satu baucar bersungkai bersamanya di Restoran Tandoor.com atau di Restoran Raziqin.

Untuk memenangi baucar tersebut, para pendengar Pelangi FM perlu menjawab kuiz itu nanti ketika DJ Ashraff ke udara yang akan diadakan pada setiap hari Rabu jam 6 pagi dan juga Khamis jam 10 malam serta pada setiap Sabtu jam 2 petang.

Adapun tujuan kuiz itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama para pendengar setia Pelangi FM di samping menjadi salah satu aktiviti DJ Ashraff bersama pendengar.

Pemenang-pemenang kuiz akan berpeluang memenangi satu baucar bersungkai bersama DJ Ashraff di Restoran Tandoor.com atau Raziqin.
Pemenang-pemenang kuiz akan berpeluang memenangi satu baucar bersungkai bersama DJ Ashraff di Restoran Tandoor.com atau Raziqin.

Beliau dalam kesempatan itu mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja kuiz iaitu Restoran Tandoor.com dan Restoran Raziqin serta berharap kerjasama antara kedua-dua belah pihak itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Beliau juga berharap kuiz-kuiz seperti ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi menghiburkan lagi suasana Pelangi FM semasa berkumandang di udara di samping berpeluang mendapat hadiah-hadiah menarik.

Sebelum ini, DJ Ashraff juga pernah mengadakan kuiz seumpamanya dan membawa pemenang-pemenang kuiz tersebut menaiki kapal layar untuk menyaksikan keindahan Sungai Brunei bersama Brunei River Cruise.

ARTIKEL YANG SAMA