Kuiz SMS FLY2Euro kembali

Kuiz SMS FLY2Euro kembali

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Kuiz SMS FLY2Euro Cooltones kembali lagi dengan menawarkan hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Eropah bagi pelanggan Progresif Cellular.

Selain tiket penerbangan ke United Kingdom sebagai hadiah utama, kuiz yang telah bermula 7 Mac lalu hingga 2 Mei depan ini turut menawarkan hadiah-hadiah menarik lain tajaan Hyundai Setia Motors, Progresif Cellular, Huawei Brunei dan Cooltones.

Pemenang kedua akan berpeluang membawa pulang Huawei Handset bersama pelan Progresif $25 untuk kontrak setahun dan tempat ketiga bakal memenangi telefon pintar Huawei model G7.

Manakala itu, pemenang keempat dan kelima, masing-masing akan menerima jersi bola sepak.

Haji Fawzi (kiri) bersama wakil-wakil Setia Motors Sdn Bhd.
Haji Fawzi (kiri) bersama wakil-wakil Setia Motors Sdn Bhd.

Sidang media mengenai kuiz berkenaan telah diadakan di Coffee Bean & Tea Leaf, Beribi, kelmarin, di mana majlis turut menyaksikan Modasys Technology selaku pencipta Cooltones menyerahkan poster promosi bagi pertandingan berkenaan kepada Setia Motors Sdn Bhd.

Poster diserahkan oleh Pengurus Teknikal Modasys Technology, Pengiran Saiful Khalid bin Pengiran Yunus kepada Eksekutif Pemasaran Setia Motors, Nazim Mua’azasbi.

Untuk menyertai kuiz tersebut peserta hanya perlu menaip SMS ACT dan hantar ke talian 39555 untuk mengaktifkan dan melanggan ke Cooltones diikuti dengan SMS EURO <jarak> START dan hantar ke 38833.

Bagi keterangan lanjut bolehlah melayari laman web rasmi Cooltones di www.3g.com.bn atau hubungi talian hotline di 8111222 atau SMS INFO ke 38833.

ARTIKEL YANG SAMA