Kukuhkan hubungan Brunei dan Kuwait

Kukuhkan hubungan Brunei dan Kuwait

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima kunjungan Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, di Istana Nurul Iman.

Semasa keberangkatan tiba di Istana Nurul Iman, Baginda Sultan dan His Highness Amir Kuwait berkenan naik ke Pentas Diraja untuk menerima tabik hormat diiringi oleh lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dan 21 das tembakan meriam dilepaskan.

His Highness Amir Kuwait kemudiannya disembah kenalkan kepada ahli-ahli kerabat diraja; pembesar-pembesar negara; menteri-menteri kabinet; timbalan-timbalan menteri; pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; ketua-ketua perwakilan asing di Negara Brunei Darussalam; dan setiausaha-setiausaha tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Selepas itu, Baginda Sultan berkenan disembah kenalkan kepada ahli-ahli rombongan His Highness yang termasuk, Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah dan pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri serta pegawai-pegawai dari Kuwait.

Sejurus selepas itu, Majlis Mengadap diadakan di Cheradi Laila Kenchana.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Highness Amir Kuwait berkenan menerima tabik hormat di Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Highness Amir Kuwait berkenan menerima tabik hormat di Istana Nurul Iman.
His  Highness Amir Kuwait disembah kenalkan kepada Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
His Highness Amir Kuwait disembah kenalkan kepada Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap His Highness Amir Kuwait.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap His Highness Amir Kuwait.
DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Perdana Wazir, DYTM Pengiran Bendahara dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat bagi mengalu-alukan keberangkatan His Highness Amir Kuwait berserta rombongan di Istana Nurul Iman.

Ahli-ahli kerabat diraja yang lain yang berangkat ke majlis berkenaan.
Ahli-ahli kerabat diraja yang lain yang berangkat ke majlis berkenaan.
Rombongan kerajaan Kuwait yang turut serta mengikuti kunjungan khas tersebut.
Rombongan kerajaan Kuwait yang turut serta mengikuti kunjungan khas tersebut.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kerabat Pengiring Diraja; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Juga hadir di majlis tersebut, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah; pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri dari Kuwait; dan Duta Besar Kuwait ke Brunei, Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri.

Selepas Majlis Mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama His Highness Amir Kuwait berkenan menyaksikan, majlis penandatanganan dua perjanjian dan empat memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan kerajaan Kuwait.

Empat MoU yang ditandatangani ialah MoU dalam Bidang Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik; MoU dalam Kerjasama Pelancongan; MoU bagi Penubuhan Suruhanjaya Bersama dalam Kerjasama di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait; dan MoU di antara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Kuwait di dalam Latihan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama His Highness Amir Kuwait berkenan berangkat ke majlis penandatanganan MoU bagi kedua-dua negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama His Highness Amir Kuwait berkenan berangkat ke majlis penandatanganan MoU bagi kedua-dua negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menghadiri majlis penandatanganan MoU di antara Negara Brunei Darussalam dan Kuwait.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menghadiri majlis penandatanganan MoU di antara Negara Brunei Darussalam dan Kuwait.
Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng dan Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah menandatangani MoU bagi pihak kedua-dua negara.
Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng dan Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah menandatangani MoU bagi pihak kedua-dua negara.

Sementara dua perjanjian yang ditandatangani ialah Perjanjian Pengecualian bersama Visa untuk Pemegang Pasport Diplomatik, Khas dan Rasmi; dan Protokol yang Meminda Perjanjian antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Kuwait bagi Pengelakan Cukai Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal berkenaan dengan Cukai-cukai ke atas Pendapatan.

Dokumen-dokumen berkenaan ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, bagi pihak kerajaan Kuwait.

Berangkat menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara; Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

Majlis tersebut telah berlangsung di Baitul Masyuarah, Istana Nurul Iman.

ARTIKEL YANG SAMA