Kukuhkan ikatkan kekeluargaan

Kukuhkan ikatkan kekeluargaan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail, Rokiah Mahmud, Yusrin Junaidi & Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Abdul Rahim Haji Ismail, Rokiah Mahmud, Yusrin Junaidi & Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Keluarga-keluarga di seluruh negara, hari ini, keluar beramai-ramai bagi meraikan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 yang diadakan secara serentak di sembilan zon di keempat-empat daerah, dengan tema Keluarga Berwawasan.

Di Daerah Brunei dan Muara, sambutan dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon 1 di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar, Berakas, Zon 2 di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, Zon 3 di Taman Agro Teknologi, Kampung Tungku, dan Zon 4 di Taman Peranginan Mini Kampung Parit.

Pelancaran sambutan di zon-zon berkenaan telah disempurnakan oleh menteri-menteri kabinet iaitu Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Seria Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yussof bagi zon 2; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan isteri bagi zon 3; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman bagi zon 1; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah dan isteri di zon 4.

Acara di Zon 1 turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji A. Ahmad bin Husain, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, para pegawai kanan dan kakitangan kerajaan serta penduduk kampung di Mukim Berakas ‘A’ dan Berakas ‘B’.

Menteri Kesihatan merasmikan acara sambutan di Dermaga Diraja.
Menteri Kesihatan merasmikan acara sambutan di Dermaga Diraja.
Menteri Kesihatan melihat lebih dekat aktiviti yang diadakan sempena Hari Keluarga Kebangsaan di Dermaga Diraja di ibu negara.
Menteri Kesihatan melihat lebih dekat aktiviti yang diadakan sempena Hari Keluarga Kebangsaan di Dermaga Diraja di ibu negara.
Menteri Hal Ehwal Ugama merasmikan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan di Taman Agro Teknologi, Kampung Tungku.
Menteri Hal Ehwal Ugama merasmikan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan di Taman Agro Teknologi, Kampung Tungku.

pg04_150504_j

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan anugerah peserta paling muda semasa acara sambutan di zon 1.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan anugerah peserta paling muda semasa acara sambutan di zon 1.

pg04_150504_a

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyertai sesi memanaskan badan sebelum acara sambutan dimulakan di Taman Peranginan Mini Kampung Parit.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyertai sesi memanaskan badan sebelum acara sambutan dimulakan di Taman Peranginan Mini Kampung Parit.

Beberapa aktiviti berkonsepkan kekeluargaan telah dijalankan sepanjang sambutan itu antaranya peraduan jeritan paling kuat dan meniup belon sampai pecah, Sukan Ria Keluarga, Family Success Story, senam sihat berkeluarga, walkaton dan paling meriah adalah penyampaian Anugerah Keluarga Paling Cemerlang dalam kalangan Mukim Berakas ‘A’ dan Mukim Berakas ‘B’, anugerah warga emas lelaki dan wanita paling aktif serta kanak-kanak aktif paling kecil.

Acara dimulakan dengan senamrobik dan walkaton di sepanjang 1.7 kilometer trek joging mengelilingi taman rekreasi itu dan penyampaian Anugerah Khas Warga Emas kepada Haji Ismail yang berumur 76 tahun dan Dayang Hajah Intan berumur 63 tahun.

Sambutan di Dermaga Diraja di ibu negara juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, permainan dan program, seperti pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah, pertandingan merambat, tarik kalat, memancing, perlumbaan tingting, lumba perahu Jumpong dan sebagainya.

Seorang warga emas menebar jaring semasa pertandingan merambat di Dermaga Diraja.
Seorang warga emas menebar jaring semasa pertandingan merambat di Dermaga Diraja.
Antara peserta perempuan yang menyertai aktiviti senam robik di acara sambutan zon 1.
Antara peserta perempuan yang menyertai aktiviti senam robik di acara sambutan zon 1.

pg04_150504_d

Para peserta memulakan ekspedisi berbasikal di Taman Agro Teknologi.
Para peserta memulakan ekspedisi berbasikal di Taman Agro Teknologi.

pg04_150504_h

pg04_150504_n

pg04_150504_m

Sementara itu bagi Zon 3, antara aktiviti dan program yang diadakan adalah persembahan Tausyeh oleh penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan tulisan Jawi bagi ibu bapa; pertandingan tulisan Khat bagi remaja dan kuiz agama, gerai produk Mukim Gadong ‘A’, dan ‘B, ekspedisi berbasikal, pameran kenderaan ATV dan pacuan empat roda, Pertandingan tarik kalat tradisi, dan sebagainya.

Begitu juga dengan Zon 4, di mana sambutan diisi dengan pelbagai aktiviti dan acara berbentuk kekeluargaan dan termasuk jualan produk daripada majlis-majlis perundingan mukim dan kampung di zon ini.

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini telah dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, diikuti sembahyang Sunat Hajat dan membaca surah Yasin dan Tahlil serta doa khas Hari Keluarga, di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara dengan tumpuan Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang dan masjid-masjid utama di daerah-daerah.

Sementara itu, aktiviti hari ini juga telah dimulakan dengan acara keagamaan iaitu sembahyang subuh dan kuliah subuh.

ARTIKEL YANG SAMA