Kukuhkan jentera pertahanan – Gerrard

Kukuhkan jentera pertahanan – Gerrard

LOS ANGELES, 30 Okt (AFP) – Steven Gerrard meminta Los Angeles Galaxy agar mengukuhkan jentera pertahanan mereka selepas kemunculannya musim ini dalam Major League Soccer terjejas dengan kekalahan 3-2 kepada Seattle Sounders.

Pasukan juara bertahan itu yang dibarisi pemain–pemain bintang — yang bayarannya AS$19.5 juta adalah kedua tertinggi dalam sejarah MLS- -tersingkir dari perlawanan playoff pada Rabu lalu selepas persembahan yang dicemari dengan kesilapan di Century Link Field.

Bekas kapten pasukan Liverpool dan England, Gerrard berkata musim Galaxy terjejas melalui jaringan –jaringan diberikan kepada pasukan lawan, meletakkan bebanan terlalu tinggi ke atas jentera serangan pasukan yang tajam.

“Bagi kami ia seperti kami perlu menjaringkan tiga atau empat gol untuk melepasi garisan bagi memenangi perlawanan, dan ia di mana kami perlu menganalisis pada musim sejuk,” kata Gerrard, pemain berprofil tinggi yang ditandatangani bagi Galaxy pada Julai lalu.

“Saya tahu (jurulatih) Bruce (Arena) sekarang menggunakannya dan saya pasti di mana dia akan menilainya.

“Kami perlu menghentikan pasukan ini terus bolos kerana kami tahu kami berkeupayaan untuk menjaringkan di mana saja dalam liga.

“Saya sudah berada dalam perlawanan ini cukup lama untuk mengetahui jika anda mahu berjaya, anda tidak akan terus dibolosi.”

Ketiga-tiga jaringan Seattle pada Rabu lalu berpunca dari kesilapan pertahanan Galaxy, yang menyaksikan Arena dipenuhi dengan kemarahan selepas perlawanan.

“Persembahan kami di depan pertahanan adalah teruk,” kata bekas jurulatih AS itu.

“Kami hanya memberikan tiga jaringan itu. Memberikan mereka pujian — mereka melompat di atas kesilapan, tetapi kami terkejut.”

ARTIKEL YANG SAMA