Kukuhkan keberkesanan dakwah

Kukuhkan keberkesanan dakwah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Dalam usaha merangka dan melaksanakan beberapa program dalam strategi penyampaian dakwah yang efektif, Pusat Dakwah Islamiah melalui Unit Ceramah, Bahagian Penyebaran Dakwah telah menganjurkan Program Suntikan Da’ie di Bilik Mauizzah, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, di sini.

Program selama tiga hari yang berakhir hari ini, disertai oleh pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah yang bertugas sebagai penceramah dan dikendalikan oleh fasilitator undangan iaitu Direktor Zero to Hero Training Centre yang juga penulis buku best seller, Zero To Hero, Solikhin Abu ‘Izzuddin.

Program ini antara lain bertujuan untuk menyuntik semangat dakwah bilkhithabah (dakwah melalui ceramah), di samping memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang baru bertugas untuk memantapkan kandungan serta kaedah penyampaian ceramah yang menarik dan lebih berkesan.

Ia juga diadakan sebagai antara aktiviti sokongan untuk mencapai objektif strategik dalam Rancangan Strategik Pusat Dakwah Islamiah 2015-2019 iaitu meningkatkan kapasiti da’ie serta meningkatkan kualiti penyampaian dakwah ke arah membangunkan masyarakat Rabbani.

Antara para peserta yang hadir.
Antara para peserta yang hadir.
Solikhin Abu ‘Izzuddin semasa membimbing fasilitator Program Suntikan Da’ie.
Solikhin Abu ‘Izzuddin semasa membimbing fasilitator Program Suntikan Da’ie.

ARTIKEL YANG SAMA