Kukuhkan kerohanian para belia masjid dengan zikir

Kukuhkan kerohanian para belia masjid dengan zikir

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 8 Jun – Lebih 100 belia lelaki terdiri daripada ahli kumpulan belia masjid, surau dan balai ibadat Daerah Temburong telah menghadiri ceramah motivasi yang diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rataie, baru-baru ini.

Hadir di majlis itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid daerah berkenaan, Haji Adam bin Haji Tengah bersama para jemaah masjid.

Aktiviti tahunan Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong ini merupakan kali ke-4 ia diadakan dan dikendalikan oleh ahli Jawatankuasa Takmir Masjid RPN Kampung Rataie.

Ceramah motivasi belia ‘Tanggungjawab Belia-belia Wajib Zikir’ telah disampaikan oleh penceramah undangan dari jabatan berkenaan, Haji Suhimi bin Haji Matnor.

Aktiviti ceramah ini merupakan inisiatif jabatan itu dengan tujuan untuk menghidupkan masjid, mengisi aktiviti kerohanian para belia dengan motivasi tentang ilmu ugama, kefahaman tentang kepentingan wajib zikir merupakan amalan terpuji, yang mana jika diamalkan setiap masa akan dapat membawa kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Ia juga dihasratkan untuk menyatukan para belia masjid di samping mengeratkan silaturahim yang sedia ada.

ARTIKEL YANG SAMA