Kukuhkan sokongan ke atas Afghanistan

Kukuhkan sokongan ke atas Afghanistan

ISLAMABAD, 8 Dis – Presiden Afghanistan Ashraf Ghani merasmikan persidangan dua hari di Pakistan hari ini yang bertujuan mengukuhkan sokongan ke atas negaranya yang dicengkam peperangan, tetapi para diplomat tidak memandang serius kemungkinan rundingan damai Afghanistan yang terbantut mungkin dijalankan semula kelak.

Mesyuarat “heart of Asia”, perhimpunan, perhimpunan tahunan Asia dan negara-negara lain untuk menyokong Afghanistan, akan menumpu pada perjanjian tenaga, infrastruktur dan pelaburan, menurut Simbal Khan, seorang penganalisis keselamatan yang pakar dalam hubungan Afghanistan-Pakistan.

“Kebanyakannya ia menunjukkan komitmen pada Afghanistan,” ujarnya.

Rundingan damai sulung antara kerajaan Afghanistan dan pergerakan militan Afghan Taliban telah diadakan di Pakistan pada Julai lalu, tetapi proses itu terbantut apabila pemberontakan 14 tahun semakin bertambah dan menjadi lebih berbahaya.

Minggu lalu, ketua Taliban Afghanistan, Mullah Akhtar Monsour dilaporkan terbunuh atau cedera, yang seterusnya melemahkan harapan yang sudah pun tipis bahawa penyelesaian yang dirundingkan mungkin diusahakan.

Mesej audio pada hujung minggu lalu yang mendakwa itu adalah dari Mansour yang menyangkal laporan itu, tetapi sebilangan Taliban mempersoalkan ketulenannya.

Pusingan kedua rundingan yang dirancang ekoran kejayaan bulan Julai lalu gagal selepas berita mendedahkan bahawa Mullah Omar, pengasas Taliban Afghan, telah meninggal dunia selama dua tahun.

Mansour, penolongnya, mengambil alih yang mengakibatkan perpecahan dengan pemerintah Taliban yang menentang dan ketua-ketua yang marah Mansour telah mendedahkan tentang kematian Omar.

Di sebalik kehadiran Ghani pada persidangan, hubungan antara Pakistan dan Afghanistan telah dingin, terutamanya selepas siri-siri serangan bom yang melanda Kabul pada Ogos lalu.

Ramai rakyat Afghan, termasuklah penentang politik Ghani, mengatakan serangan itu adalah angkara pemberontak yang disokong Pakistan, yang mengurangkan usaha Ghani untuk memulihkan hubungan dengan Pakistan selepas dalam kegetiran selama bertahun-tahun.

Semalam, Ghani berkata “peperangan 14 tahun yang tidak diisytiharkan” telah wujud antara kedua-dua negara berjiran itu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA