Kulapis bakal miliki masjid wakaf baru

Kulapis bakal miliki masjid wakaf baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Penduduk Kampung Kulapis dan sekitarnya bakal mempunyai sebuah bangunan masjid wakaf baru dengan majlis peletakan batu asas masjid berkenaan telah diadakan hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan peletakan batu asas ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim selaku Ketua Kampung Putat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Harun bin Haji Junid, Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah, ahli-ahli Majlis Ugama Islam Brunei, keluarga pewakaf masjid, para pengarah, pegawai dan kakitangan di kementerian berkenaan serta penduduk kampung.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan laungan Azan sebelum diteruskan dengan dikir mendirikan tiang masjid baru beramai-ramai.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin semasa menyempurnakan majlis peletakan batu asas dengan menuang simen bagi penubuhan masjid wakaf baru.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin semasa menyempurnakan majlis peletakan batu asas dengan menuang simen bagi penubuhan masjid wakaf baru.
Yang Berhormat Pehin ketika mendengar taklimat mengenai masjid wakaf baru itu.
Yang Berhormat Pehin ketika mendengar taklimat mengenai masjid wakaf baru itu.
Replika masjid wakaf – Penduduk Kampung Kulapis bakal memiliki sebuah masjid baru.
Replika masjid wakaf – Penduduk Kampung Kulapis bakal memiliki sebuah masjid baru.
Antara jemputan dan mereka yang hadir di majlis peletakan batu asas masjid wakaf baru.
Antara jemputan dan mereka yang hadir di majlis peletakan batu asas masjid wakaf baru.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin kemudian menyempurnakan peletakan batu asas dengan menuang simen sebelum mendengarkan taklimat ringkas mengenai reka bentuk bangunan masjid yang disampaikan oleh arkitek projek pembinaan masjid tersebut.

Masjid wakaf ini nanti mampu menampung kira-kira 700 orang jemaah dan antara kemudahan yang disediakan termasuk dewan sembahyang utama (lelaki), ruang sembahyang perempuan, bilik imam/bilal, bilik stor, dapur, bilik bacaan, bilik mesyuarat, bilik serba guna, tempat letak kereta, tandas dan tempat berwuduk serta bilik pengurusan jenazah.

Bagi memberkati majlis, doa selamat telah dibacakan oleh Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

ARTIKEL YANG SAMA