Kulat hitam seberat lebih 1 gram ditemui

Kulat hitam seberat lebih 1 gram ditemui

SYDNEY, 23 Ogos – Seorang warga Australia mendedahkan apa yang dianggap sebagai kulat hitam terbesar pernah ditemui di negara itu, yang mempunyai berat 1,511 gram yang juga mungkin terbesar di dunia.

Stuart Dunbar berkata sejak Februari lalu dia mengetahui bahawa kulat tumbuh di tempat ia ditemui, tetapi aromanya yang matang dalam cuaca lebih panas bererti dia mula menggali Khamis lalu.

Menurutnya dia tidak tahu saiz fungus itu kerana selama 45 minit dia berusaha mengeluarkannya dari tanah di hartanahnya di negeri Victoria. “Itu benar-benar besar,” dia memberitahu AFP hari ini.

Dunbar berkata sebelum ini dia pernah mengorek keluar ‘kulit cantik yang boleh dimakan’ seberat kira-kira 720 gram tetapi dia tidak mengetahui jika ada orang lain pernah menanam kulat hitam besar di Australia, atau di tempat lain di dunia.

Terdapat kulit putih lebih besar tetapi penemuan Dunbar nampaknya mengatasi kulat hitam seberat, 1,277 gram yang dikorek keluar di Perancis pada tahun 2012 dan pada ketika itu dihuraikan sebagai yang terbesar pernah ditemui di Perigord, kawasan tengah negara itu.

Sementara penemuan itu, dilaporkan bernilai kira-kira Aus$3,000 – diraikan, ia terlalu besar untuk diterima oleh chef-chef biasa Dunbar pada makluman dalam waktu singkat. “Para pelanggan biasa saya telah pun mengambil kulit selama seminggu,” katanya, dengan mengatakan sebaik saja korek keluar, kulat-kulat dalam hidangan mereka dalam tempoh hanya empat hingga lima hari. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA