Kuliah menjelang Ramadan

Kuliah menjelang Ramadan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 30 Mei – Bagi mengimarahkan Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan dan membimbing saudara-saudara baru dalam menyempurnakan ibadah puasa dengan baik dan sempurna, seramai 50 mualaf telah menghadiri Kuliah Menjelang Ramadan dan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung, kelmarin.

Majlis yang diadakan di balai tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, Awang Alizan bin Haji Ramle dan Ketua Kampung Long Mayan, Awang Mohd Eddy Suffian bin Abdullah.

Kuliah berkaitan ibadah puasa telah disampaikan oleh Haji Saiful Rizal bin Haji Salim dari Pejabat Dakwah Daerah Tutong.

Haji Saiful Rizal semasa menyampaikan ceramah kuliahnya berhubung dengan ibadah puasa.
Haji Saiful Rizal semasa menyampaikan ceramah kuliahnya berhubung dengan ibadah puasa.

Selepas kuliah, majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Imam balai tersebut, Awang Mohd Aliyan bin Abdullah.

Majlis tersebut telah dianjurkan bersama oleh ahli Majlis Perundingan Kampung Long Mayan, ahli takmir balai ibadat kampung itu dan Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA