Kuliah penghayatan kerja dalam Ramadan

Kuliah penghayatan kerja dalam Ramadan

Oleh Norhamizan Haji Mosbi

 

TEMBURONG, 15 Mei – Bulan Ramadan berupaya meningkatkan keimanan, penghayatan dan kesedaran dalam kerja warga perkhidmatan awam sekali gus membaiki lagi tahap kualiti kerja mereka.

Perkara itu ditekankan oleh Penolong Pegawai Latihan Institut Perkhidmatan Awam Haji Noor Husseieni bin Haji Mohd Hussein dalam Kuliah Awam yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar di sini. Ia dihadiri oleh pegawai dan kakitangan penjawat awam di daerah itu.

Menurut beliau lagi, bulan Ramadan juga mengukuhkan perspektif kerja bahawa ia adalah satu ibadah, selain melatih kesihatan mental, diri menjadi lebih tenang, sabar dan menghindari konflik.

Bulan Ramadan juga boleh mengelak seorang pekerja menjadi murung, ego, cemas dan bersikap pemarah, tambahnya. Manakala di sisi sosial, kualiti kerja semasa berpuasa dapat membentuk seseorang lebih berdisiplin, bersatu dan melahirkan rasa kebajikan dalam diri mereka, menjauhkan perbuatan maksiat dan mudah melaksanakan suruhanNya.

Sebahagian penjawat awam wanita dan kakitangan agensi kerajaan yang hadir semasa Kuliah Awam Edisi Ramadan.
Sebahagian penjawat awam wanita dan kakitangan agensi kerajaan yang hadir semasa Kuliah Awam Edisi Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA