Kumpul dana melalui bola keranjang

Kumpul dana melalui bola keranjang

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) telah berjaya mengutip sebanyak $1,030 menerusi Cabaran Bola Keranjang 3×3, acara amal bagi dana Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD), yang berlangsung baru-baru ini.

Pengarah Bola Keranjang Brunei 3X3, Rachael Lee juga selaku sukarelawan jurulatih bola keranjang dan kecergasan bagi atlet-atlet SOBD berkata, skim sumbangan bagi atlet-atlet SOBD ini adalah sebagai salah satu projek khidmat komuniti bola keranjang Brunei 3X3. “Dua objektif utama cabaran bola keranjang 3 X 3 BBA adalah untuk mengeratkan dan mendidik atlit muda dan membantu dana kewangan kepada atlet Olimpik Khas Brunei Darussalam bagi perlawanan antarabangsa pada masa hadapan”.

Kepada yang berminat untuk menyumbang atau ingin menjadi sukarelawan dan dalam pada masa yang sama belajar bagaimana melatih atlet kurang upaya intelek adalah dialu-alukan menghubungi beliau melalui e-mel 3x3bruneibasketball@gmail.com.

Rachael Lee mengalu-alukan orang ramai yang berminat menjadi sukarelawan melatih atlet kurang upaya intelek dalam permainan bola keranjang.
Rachael Lee mengalu-alukan orang ramai yang berminat menjadi sukarelawan melatih atlet kurang upaya intelek dalam permainan bola keranjang.