Kumpulan Al-Khalil, Kumpulan Majeedah juara Tausyeh 2016

Kumpulan Al-Khalil, Kumpulan Majeedah juara Tausyeh 2016

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Kumpulan Al-Khalil daripada kategori A dan Kumpulan Majeedah daripada kategori B masing-masing muncul juara Pertandingan Akhir Tausyeh 2016 yang berlangsung di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei petang ini.

Kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang hadiah wang bernilai $3,000, piala iringan dan sijil.

Sementara itu, Kumpulan Majeedah turut dipilih sebagai Kumpulan Terbaik dan menerima piala pusingan dan wang bernilai $1,000.

Dalam Kategori A, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Khairun Nida dan manakala Kumpulan Sautudz Dzahabiati mendapat tempat ketiga.

Kumpulan Majeedah, juara bagi Kategori B Pertandingan Akhir Tausyeh 2016 menerima hadiah mereka.
Kumpulan Majeedah, juara bagi Kategori B Pertandingan Akhir Tausyeh 2016 menerima hadiah mereka.
Kumpulan Al-Khalil yang muncul juara bagi Kategori A menerima hadiah daripada Haji Harun.
Kumpulan Al-Khalil yang muncul juara bagi Kategori A menerima hadiah daripada Haji Harun.

Bagi Kategori B pula, tempat kedua disandang oleh Kumpulan Nurul Ittihad dan Kumpulan Az-Zahraa mendapat tempat ketiga.

Tempat kedua bagi setiap kategori telah mendapat hadiah wang bernilai $2,500, piala iringan dan sijil manakala bagi tempat ketiga membawa pulang hadiah wang bernilai $1,500, piala iringan dan sijil.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid.

Pertandingan kali ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu empat buah kumpulan bagi Kategori Kanak-kanak dan empat buah kumpulan lagi bagi Kategori Belia.

Ini merupakan kali kelapan pertandingan anjuran Jabatan Radio Televisyen Brunei itu diadakan dan telah mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 75 buah kumpulan dari keempat-empat daerah, terdiri daripada beberapa sekolah ugama, sekolah Arab, Institut Tahfiz Al-Quran dan juga kumpulan persendirian.

ARTIKEL YANG SAMA