Kumpulan An Nisa juara Dikir Syarafil Anam

Kumpulan An Nisa juara Dikir Syarafil Anam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 21 Sept – Kumpulan An Nisa muncul juara dalam Peraduan Dikir Syarafil Anam bagi Kelas Dikir Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, pagi ini.

Naib johan disandang oleh Kumpulan Quratul Husna dan Kumpulan Norzahwahidah di tempat ketiga.

Peraduan tersebut diadakan bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun masjid berkenaan yang bertujuan menyemarakkan dan memeriahkan suasana sambutan di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para Muslimah.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.

Dayang Noraini Yanti ketika menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dayang Noraini Yanti ketika menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Kumpulan An Nisa juara Peraduan Dikir Syarafil Anam bagi Kelas Dikir Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong.
Kumpulan An Nisa juara Peraduan Dikir Syarafil Anam bagi Kelas Dikir Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA