Kumpulan bekas pelajar SMJA anjur hari keluarga

Kumpulan bekas pelajar SMJA anjur hari keluarga

Oleh Haslen

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Cuti sekolah baru-baru ini dimanfaatkan oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA), bersama keluarga mereka dalam Hari Mesra Ria Bersama Keluarga yang diadakan di Hutan Simpan Berakas.

Kumpulan itu terdiri daripada 25 warga bekas pelajar tahun 1974 hingga 1978 mengadakan pelbagai aktiviti bersama keluarga dalam sukan ria antaranya ialah menyambung batang straw, menyusun cawan diisi dengan bola ping pong dan boling buah kelapa.

Menurut Awang Ramlee bin Bujang selaku ketua sukan ria itu, sukan ria itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan mengisi waktu cuti sekolah dengan perkara berfaedah dan menyihatkan.

Boling kelapa memeriahkan suasana.
Boling kelapa memeriahkan suasana.

Ia juga dimeriahkan dengan penyerahan baju-T bertulisan My Classmate kepada semua yang menyertai acara itu bagi meningkatkan semangat setia kawan.

Menurut Awang Ramlee lagi, selain acara itu, kumpulan itu juga merancang akan mengadakan acara berkebajikan pada bulan Ramadan kelak, selain majlis bertahlil dan doa arwah bagi rakan-rakan yang sudah pun kembali ke rahmatullah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA