Kumpulan kulit putih lancar kempen sokong Trump

Kumpulan kulit putih lancar kempen sokong Trump

WASHINGTON, 12 Jan (Reuters) – Sebuah kumpulan kulit putih berkata ia telah meletakkan beribu-ribu panggilan telefon automatik di Iowa yang menggesa para pengundi supaya menyokong jutawan Donald Trump bagi pencalonan presiden Republikan kerana ‘kita tidak perlukan orang Islam.”

Kempen telefon itu diketuai oleh Parti Kebebasan Amerika, yang di laman web mengatakan ‘ia berkongsi adat dan warisan orang Amerika Eropah.’

Panggilan itu memaparkan jurucakap kumpulan kulit putih bahawa Dylann Roof, yang dituduh menembak mati sembilan orang di sebuah gereja hitam di Selatan Carolina pada bulan Jun, dilaporkan dikatakan sebagai inspirasi.

“Kami tidak perlukan orang Islam. Kita perlukan orang kulit putih yang bijak dan berpendidikan yang akan mengasimilasikan budaya kita,” Jared Taylor, pengarang majalah terkenal American Renaissance, berkata pada panggilan itu.

Taylor juga jurucakap Majlis Warganegara Konservatif, kumpulan yang mempunyai hubungan sejarah dengan Majlis Warganegara Kulit Putih, pertubuhan penyokong dasar segregasi di Mississippi pada tahun 1954.

Kumpulan itu juga cuba membeli waktu siaran radio di Iowa tetapi ditegur. Kempen Trump tidak segera memberi respons apabila diminta mengulas. Kumpulan telah meletakkan kira-kira 200,000 ‘robocalls’ di Iowa dan mungkin juga mensasarkan New Hampshire, menurut para penganjur. Parti Kebebasan Amerika telah menyiarkan rakaman audio panggilan itu melalui laman sesawangnya.

Iowa memulakan pengundian dalam peraduan pemilihan yang membawa kepada pilihan raya presiden November 2016 dengan kokusnya pada 1 Februari. New Hampshire mengadakan pilihan raya kecil pertama negeri itu pada 9 Februari.

Kempen oleh American National Super PAC menyuntik satu lagi kontroversi ke dalam kempen presiden yang telah lebih perkauman dari mana-mana kempen yang pernah diingati kebelakangan ini.

Trump muncul sebagai calon mengejut yang dijangka akan menang dalam peraduan pencalonan Republikan selepas menggelarkan penghijrah Mexico “perogol’ dalam ucapannya yang mengisytiharkan pencalonannya dan mengatakan AS seharusnya menegah orang Islam dari memasuki negara itu, ekoran pembunuhan beramai-ramai di San Bernardino, California bulan lalu oleh pasangan suami isteri muda beragama Islam.

ARTIKEL YANG SAMA