Kumpulan Mashhor semarakkan Aidilfitri

Kumpulan Mashhor semarakkan Aidilfitri

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Syarikat Kumpulan Mashhor Sdn Bhd turut tidak ketinggalan memeriahkan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan Rumah Terbuka yang dihadiri oleh kira-kira 500 pengunjung, kelmarin.

Majlis yang berlangsung di kediaman pengerusinya, Malai Haji Abdul Hamid bin Malai Haji Mashhor di Kampung Lambak Kanan itu betujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu sama lain dan ia juga merupakan acara tradisi ahli keluarga di syarikat berkenaan.

Malai Haji Abdul Hamid bersama ahli jawatankuasa penganjur
Malai Haji Abdul Hamid bersama ahli jawatankuasa penganjur

ARTIKEL YANG SAMA