Kumpulan Myanmar batalkan misi musnah ladang popi

Kumpulan Myanmar batalkan misi musnah ladang popi

WAINGMAW, Myanmar, 28 Feb (AFP) – Sekumpulan penjaga antidadah Kristian hari ini membatalkan pelan untuk memusnahkan ladang popi di kawasan utara Myanmar selepas pertempuran meletus di antara anggota mereka dan penyerang bersenjata sejak seminggu lalu.

Pat Kasan, yang terkenal kerana menyebat pengguna dadah, berkata ia sedang membatalkan misi di negeri pergunungan Kachin disebabkan polis dan tentera tempatan berkata mereka tidak dapat memberikan perlindungan.

Pada Khamis, kumpulan itu berkata anggotanya diserang oleh perusuh yang bersenjatakan bahan letupan dan batu selepas ia bertolak dari bandar Waingmaw untuk mencuba memusnahkan ladang berhampiran yang dibantah oleh petani tempatan. Sekurang-kurangnya 32 anggota, termasuk wanita, cedera dalam pertengkaran tersebut.

“Kami telah membatalkan misi kami dan anggota kami sedang pulang ke bandar,” beritahu Lum Hkawng, pemimpin Pat Jasan di Waingmaw, kepada AFP hari ini. Beliau menuduh pihak berkuasa tempatan gagal melindungi mereka.

Kumpulan anti-dadah Kristian Pat Jasan, berkumpul di luar pihak organisasi di Waingmaw, negeri utara Kachin kelmarin selepas pulang dari misi memusnahkan ladang candu di mana sebahagian daripada ahli-ahli mereka telah diserang oleh kumpulan yang tidak diketahui. – AFP
Kumpulan anti-dadah Kristian Pat Jasan, berkumpul di luar pihak organisasi di Waingmaw, negeri utara Kachin kelmarin selepas pulang dari misi memusnahkan ladang candu di mana sebahagian daripada ahli-ahli mereka telah diserang oleh kumpulan yang tidak diketahui. – AFP

Myanmar adalah pengeluar candu kedua terbesar dunia selepas Afghanistan, meskipun janji kerajaan untuk menghapus perniagaan dadah tersebut. Pengeluaran melambung di tengah penguatkuasaan undang-undang yang lemah di sempadan utara, di mana kumpulan pemberontak minoriti etnik yang berusaha mendapatkan autonomi yang lebih daripada negeri telah bertempur dengan tentera Myanmar berdekad-dekad lamanya.

Dipercayai militia etnik dan tentera Myanmar telah menggunakan perniagaan menguntungkan untuk membiayai perang mereka. Petani miskin di rantau terpencil berkata mereka tidak mempunyai cara lain selain daripada penanaman popi untuk mencari rezeki.

Serangan mengejut pada pagi Khamis menyusuli satu perbalahan selama beberapa hari di antara orang yang berarak Pat Jasan dan polis, yang telah menyekat kumpulan itu daripada memasuki ladang popi berhampiran, memetik kebimbangan petani bersenjata bersedia untuk menyerang balas.