Kumpulan PTAS anjur Kempen Kesedaran Dadah

Kumpulan PTAS anjur Kempen Kesedaran Dadah

Oleh Amirah Omar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Syarikat PTAS dengan sokongan Biro Kawalan narkotik (BKN) baru-baru ini menganjurkan Kempen Kesedaran Dadah yang diadakan di ibu pejabat syarikat itu di Kuala Belait dan Bengkel PTAS OCTG di Muara.

Kempen itu diisikan dengan ceramah pameran mengenai bahaya dadah.

Hadir menyampaikan ceramah ialah Pegawai Narkotik BKN, Hajah Norhayani Abdullah, Penolong Pegawai Narkotik, Siti Huraizah binti Abu Bakar dan Pengiran Mohd Samsul Adli bin Pengiran Salleh.

Ceramah serba sedikit menekankan mengenai kewujudan sindiket dadah antarabangsa dan kesan negatif yang dihadapi akibat penyalahgunaan dadah.

Gambar ramai kumpulan PTAS dan warga BKN.
Gambar ramai kumpulan PTAS dan warga BKN.

Kira-kira 120 kakitangan syarikat menyertai kempen kesedaran itu yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengurus PTAS HSES.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah BKN, Osmawi Osman, Pegawai Kanan Narkotik Pengiran Haji Alli bin Pengiran Samsuddin serta beberapa orang pegawai narkotik lain turut menghadiri kempen berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA