Kumpulan Racun BPMJusker juara peraduan kugiran

Kumpulan Racun BPMJusker juara peraduan kugiran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Firemix Misha Jamming Studio dan The Sequence, baru-baru ini, telah menganjurkan peraduan kugiran di Mini Amfiteater Taman Permainan Jerudong yang menampilkan 14 kumpulan tempatan dan dari negara jiran yang lain.

Menurut penganjur, Pentas Menjejak Juara kali ini turut dianjurkan bersama dan ditaja oleh D’Sunlit Sdn Bhd, Malabau Management dan Jerudong Park Country Club untuk mencari juara kugiran.

Tampil juara ialah peserta dari Daerah Belait yang menamakan diri mereka Kumpulan Racun BPMJusker diikuti oleh JMJ Rythms dari Filipina di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan Pujangga dari Brunei Darussalam.

Juara dari Daerah Belait yang menamakan diri mereka Kumpulan Racun BPMJusker.
Juara dari Daerah Belait yang menamakan diri mereka Kumpulan Racun BPMJusker.

Menurut juru cakap penganjur, pertandingan ini merupakan antara usaha untuk menyemarakkan lagi bidang kugiran yang sememangnya mendapat tempat di nagara ini selain menjadi platform bergiat aktif secara sihat dalam bidang kesenian.

Melalui program ini, pihak penganjur juga berpeluang untuk melihat setakat mana pertumbuhan dan perkembangan bidang seni muzik tanah air yang semakin diwarnai dengan lahirnya kugiran berpotensi dan boleh pergi jauh.

ARTIKEL YANG SAMA