Kumpulan Salitul Basyirah muncul juara pertandingan dikir

Kumpulan Salitul Basyirah muncul juara pertandingan dikir

TUTONG, 29 Jan – Sembilan kumpulan Muslimah telah bertanding dalam Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Muslimah Masjid-Masjid Daerah Tutong bagi tahun 1437H/2016M yang berlangsung di Masjid Kampung Sinaut, Tutong, kelmarin.

Muncul juara pertandingan ialah Kumpulan Salitul Basyirah Masjid Kampung Sinaut dengan markah 88 peratus, diikuti oleh Kumpulan Ar-Raudah Masjid Kampung Birau (85%) di tempat kedua dan Kumpulan Fatimah Azahrah dari Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Kampung Katimahar (78%) di tempat ketiga.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh isteri Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, iaitu Dayang Normah binti Ahmad. – HM Yusof

pg05_160130_f

ARTIKEL YANG SAMA