Kumpulan Srikandi sumbang air mineral, buah kurma

Kumpulan Srikandi sumbang air mineral, buah kurma

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 16 Jun – Kumpulan Anak-anak Syarikat Srikandi dan Ya Nur Trading Company menghulurkan sumbangan berupa 700 kotak air mineral dan 30 kotak buah kurma kepada masjid dan surau di Daerah Tutong sempena bulan Ramadan.

Penyerahan sumbangan itu berlangsung di Pejabat Agama Tutong, hari ini.

Pada majlis itu, Eksekutif Pengurusan Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Ahmad Khairi Shaikh Khalid menyerahkan sumbangan air mineral manakala wakil peribadi Kumpulan Syarikat Srikandi, Shaikh Ahmad Khalis Shaikh Khalid pula menyerahkan sumbangan buah kurma kepada Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mohd Taha kemudian menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Ketua Agama Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Sumbangan yang diserahkan itu diberikan kepada 26 buah masjid di Daerah Tutong di mana setiap masjid menerima 50 kotak air mineral dan dua kotak buah kurma.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mohd Taha menerima sumbangan buah kurma yang disampaikan oleh Shaikh Ahmad Khalis sambil disaksikan Shaikh Ahmad Khairi.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mohd Taha menerima sumbangan buah kurma yang disampaikan oleh Shaikh Ahmad Khalis sambil disaksikan Shaikh Ahmad Khairi.

Air mineral keluaran syarikat berkenaan adalah bagi kegunaan majlis bertadarus dan bersungkai di masjid-masjid berkenaan sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Srikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Ahmad, sumbangan itu merupakan salah satu sumbangan tahunan Kumpulan Syarikat Srikandi dan Ya Nur Trading sebagai komitmen syarikat berkenaan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

ARTIKEL YANG SAMA