Kumpulan Syarikat Mashhor ceriakan lebih 60 anak yatim

Kumpulan Syarikat Mashhor ceriakan lebih 60 anak yatim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 5 Julai Kumpulan Syarikat Mashhor telah menceriakan lebih 60 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Daerah Belait apabila menghulurkan sumbangan pada Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Berbuka Puasa yang berlangsung di Dewan Bandaran, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat yang juga menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Belait, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin dan Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad, Pengerusi Mashhor General Contractors Sdn Bhd, Malai Haji Abdul Hamid bin Malai Haji Mashhor serta ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pengurus Syarikat MGCSB.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Tahlil dan Doa Selamat, diikuti dengan penyampaian sumbangan sampul hijau yang disempurnakan oleh Malai Haji Abdul Hamid dan ahli-ahli lembaga pengarah.

Haji Haris menyempurnakan penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim pada Majlis Sum-bangan Hari Raya Aidilfitri dan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim anjuran Kumpulan Syarikat Mashhor.
Haji Haris menyempurnakan penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim pada Majlis Sum-bangan Hari Raya Aidilfitri dan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim anjuran Kumpulan Syarikat Mashhor.
Malai Haji Abdul Hamid menyampaikan sumbangan sampul hijau kepada anak-anak yatim.
Malai Haji Abdul Hamid menyampaikan sumbangan sampul hijau kepada anak-anak yatim.

Majlis penyampaian sumbangan dan bersungkai bersama anak-anak yatim itu merupakan sebahagian daripada aktiviti yang sudah menjadi tradisi syarikat berkenaan, dan terus komited dalam melaksanakan-nya dengan hasrat untuk membantu anak-anak yatim dalam membuat persediaan sempena menjelangnya sam-butan Hari Raya Aidilfitri.

Di samping itu, majlis itu juga merupakan sumbangan bagi mengekalkan perkembangan tanggungjawab korporat sosial (CSR) dan fokus kepada strategik pelaburan sosial terutamanya dalam pembangunan kemahiran masyarakat ke arah meningkatkan kebolehan mereka, termasuklah kepada kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan.

ARTIKEL YANG SAMA