Kumpulan terakhir jemaah haji selamat tiba

Kumpulan terakhir jemaah haji selamat tiba

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Penerbangan kedua dan terakhir membawa seramai 217 orang jemaah haji Negara Brunei Darussalam selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 12:20 tengah hari ini.

Hadir di lapangan terbang bagi mengalu-alukan kepulangan jemaah haji ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Sanak saudara dan sahabat handai membanjiri ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut kepulangan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA