Kunjungan adik-adik manis ke PastaMania

Kunjungan adik-adik manis ke PastaMania

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Empat kumpulan dari sekolah tadika belajar bagaimana cara membuat piza daripada Cef dan kakitangan PastaMania yang berlangsung di PastaMania Tanjung Bunut baru-baru ini.

Lawatan rombongan dari Sekolah Stella itu telah berlangsung setiap pagi dan petang bermula pada hari Rabu lepas dan akan berakhir pada hari Isnin ini nanti.

Sesi selama dua jam itu dikendalikan oleh kakitangan Doughworkz, yang menerangkan para pelajar mengenai fakta dan sejarah piza serta peraturan penting dalam menjaga kebersihan.

Setelah itu, cef membawa para pelajar untuk melawat ke dapur PastaMania dan memperkenalkan alat-alat yang ada dan digunakan di dapur.

pgm5_160418_b

Para pelajar tadika dari Sekolah Stella mengadakan aktivti membuat pizza.
Para pelajar tadika dari Sekolah Stella mengadakan aktivti membuat pizza.

Menjadi seorang cef

Para pelajar juga diberi peluang untuk menimba pengalaman menjadi sebagai seorang cef pada hari tersebut.

Setiap pelajar diberikan topi cef dan apron mereka sendiri untuk digunakan semasa mereka menyiapkan piza yang kemudiannya mereka nikmati sendiri setelah sesi pembelajaran berakhir.

Kelas membuat piza ini memberi ruang kepada kanak-kanak untuk mendedahkan minda dan belajar tentang suasana di luar zon keselesaan dengan pengalaman belajar yang menyeronokkan yang bakal menjadi kenangan dan cerita untuk mereka.

Aktiviti tersebut dikendalikan oleh The Doughworkz itu juga mengadakan pelbagai aktiviti lain untuk acara khas seperti sambutan hari jadi atau lawatan sambil belajar bagi kanak-kanak.

ARTIKEL YANG SAMA