Kunjungan Aidilfitri erat silaturahim

Kunjungan Aidilfitri erat silaturahim

Oleh Hajah Saemah Kepli

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertambah ceria dengan adanya budaya kunjung-mengunjungi tanpa mengira bangsa dan agama, untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dan bermaafan, seperti yang dilakukan rombongan pengusaha tempatan yang beroperasi di Daerah Belait.

Rombongan yang diketuai oleh Pengurus Syarikat Asia Enterprise, Awang Chai Yum Fatt, tidak pernah ketinggalan mengadakan kunjungan berhari raya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan seperniagaan dan tidak terkecuali kepada pembesar-pembesar di negara ini.

Turut dikunjungi sempena Hari Raya tahun ini termasuklah kediaman Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah dan lain-lain.

Menurut Awang Chai Yum Fatt, kunjungan sempena Hari Raya setiap tahun sudah menjadi budaya mereka dengan tujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain, dan ingin sama-sama merasakan keceriaan sambutan seperti juga semasa sambutan Tahun Baru China, apabila mereka sering menerima kunjungan daripada berbagai lapisan masyarakat terdiri daripada berbagai kaum dan bangsa di negara ini.

Kunjungan rombongan ahli-ahli perniagaan tempatan ke kediaman Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Kunjungan rombongan ahli-ahli perniagaan tempatan ke kediaman Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Rombongan bergambar ramai ketika kunjungan ke kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Rombongan bergambar ramai ketika kunjungan ke kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Rombongan tersebut juga tidak pernah ketinggalan membuat kunjungan ke Istana Nurul Iman bagi majlis mengadap dan junjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja.

Selain bersama rakan-rakan seperniagaan, kunjungan ke Istana Nurul Iman turut disertai oleh ahli keluarga mereka, dengan tujuan untuk menunjukkan taat setia dan kasih kepada Baginda Sultan sebagai pemimpin yang mereka kasihi di
negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA