Kunjungan eratkan hubungan belia

Kunjungan eratkan hubungan belia

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Dengan hasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan untuk berkongsi pengalaman dalam kegiatan belia persatuan, Bahagian Belia Persatuan Fuzhou Belait mengadakan kunjungan kepada Bahagian Belia Persatuan Hockian Negara Brunei Darussalam di ibu pejabat persatuan berkenaan di Kiulap, hari ini.

Hadir untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan belia Fuzhou Belait berkenaan ialah Ketua Jawatankuasa Belia, Persatuan Hockian Negara Brunei Darussalam, Chua Teng Kiat.

Kunjungan itu dihasratkan untuk sebagai lawatan balas dari rombongan belia Fuzhou Belait kepada Persatuan Hockian yang membuat lawatan kepada persatuan Fuzhou di Daerah Belait, baru-baru ini.

Selain dari mengeratkan hubungan silaturahim, rombongan itu turut menyampaikan surat jemputan bagi Majlis Ulang Tahun Penubuhan Bahagian Belia Persatuan Fuzhou Dearah Belait ke-30 yang akan diadakan pada 9 Ogos nanti.

Selain dari lawatan ke Persatuan Hockian, rombongan belia Fuzhou Belait berkenaan turut mengadakan kunjungan yang serupa kepada Persatuan Fuzhou Shiyyi.

Chua Teng Kiat (kiri) menerima surat jemputan dari wakil rombongan belia Persatuan Fuzhou Daerah Belait.
Chua Teng Kiat (kiri) menerima surat jemputan dari wakil rombongan belia Persatuan Fuzhou Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA